Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Gesa tingkat peraturan mata wang kripto

    WASHINGTON, 7 APRIL – Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen dijangka menyeru untuk mengawasi mata wang kripto, selepas Presiden Joe Biden bulan lalu meluluskan untuk mewujudkan dolar digital Amerika.

    Mata wang digital seperti bitcoin dan ethereum telah menyaksikan pertumbuhan meledak beberapa tahun ini, walaupun para pegawai Amerika menyatakan kebimbangan sama ada aset-aset akan dikawal dengan betul atau boleh digunakan bagi aktiviti jenayah.

    Dalam satu ucapan di Universiti Amerika di Washington, Yellen akan menggesa bagi pengawalan lebih baik ke atas aset-aset seumpamanya untuk memastikan pengguna dilindungi, serta membolehkan bagi inovasi.

    “Ketika bank-bank dan firma kewangan tradisional lain semakin banyak terlibat dalam pasaran aset digital, rangka kerja pengawalan perlu menyesuaikan bayangan risiko aktiviti baharu ini,” seperti yang dikatakan Yellen, menurut ucapan petikan yang disiarkan oleh Perbendaharaan.

    “Dan, jenis baharu perantara, seperti pertukaran aset digital dan perantara digital asal lain, seharusnya tertakluk kepada bentuk pengawasan yang betul,” katanya.

    Bulan lalu, Biden mengarahkan untuk meletakkan AS antara lebih 100 negara yang akan meneroka atau melancarkan program perintis dengan mata wang digital bank pusat sendiri, termasuk yuan digital, China. – AFP

    Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen di Washington pada 6 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...