Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Giannis bantu Bucks atasi Nets

    LOS ANGELES, 1 APRIL – Giannis Antetokounmpo memaksa aksi masa tambahan dengan menjaringkan three-point dan dua jaringan percuma untuk mengesahkan kemenangan Milwaukee 120-119 ke atas Brooklyn kelmarin yang meraih tempat juara playoff NBA, Bucks.

    Pemain superstar Milwaukee, Antetokounmpo menamatkan dengan 44 mata, 14 rebound dan enam assist dalam kemenangan tersebut yang boleh menjadi pratonton siri playoff pusingan pertama perlawanan berkenaan.

    Kevin Durant berjaya memperoleh 26 mata, 11 asisst dan tujuh rebound untuk pasukan Brooklyn, tetapi potensinya untuk memenangi permainan dengan jaringan three-point gagal apabila masa telah tamat.

    Antetokounmpo memecahkan rekod pemarkahan francais Bucks, Kareem Abdul-Jabbar naik ke tempat pertama dalam senarai sepanjang zaman kelab tersebut dengan jaringan three-point dan mengatasi pemain tengah Nets, Andre Drummond dengan masa berbaki 18.7 saat.

    Ia mengikat kedudukan pada 110-110 dan Durant kemudiannya gagal melakukan jaringan.

    Tiga lontaran percuma daripada Durant telah meletakkan Nets mendahului 119-118 dengan baki 8.7 saat pada masa tambahan. Tetapi Antetokounmpo menerima hantaran tersebut dan berlari ke tiang jaringan, melakukan kesilapan dan dengan tenang membuat jaringan pada lontaran percuma tersebut.

    Jrue Holiday menambah 19 mata untuk pasukan Milwaukee dan Khris Middleton memperoleh 16 mata sebelum dia dikeluarkan kerana kesalahan yang ketara pada pertengahan suku ketiga perlawanan, apabila dia menjatuhkan Bruce Brown ketika pemain Nets itu bangkit untuk melakukan jaringan dunk.

    Walaupun Bucks mendahului 96-92 dengan baki 8:12 minit, mereka tiba-tiba terkejut apabila Nets mendahului dengan jaringan 11-0 sebelum Milwaukee menenangkan diri dan memaksa untuk mendapatkan masa tambahan. – AFP

    Aksi Giannis Antetokounmpo melepasi pemain Nets semasa perlawanan mereka di Barclays Center. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...