Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Glazer mungkin tangguh jual Man United

    LONDON, 1 MAC– Rancangan untuk mengambil alih Manchester United mungkin ditangguhkan sehingga Mei, dengan pemilik semasa yang berpangkalan di AS, keluarga Glazer dikatakan akan menerima tawaran yang lebih baik, menurut laporan media Britain.

    Daily Mail melaporkan minggu ini bahawa Glazers mahukan bidaan sekurang-kurangnya £6 bilion selepas tawaran awal daripada Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani dari Qatar dan jutawan British, Jim Ratcliffe diserah simpan pada maksimum £4.5 bilion.

    The Mail berkata ini mungkin bermakna penjualan kelab itu, yang memenangi trofi pertamanya dalam tempoh enam tahun dengan mengumpul Piala Liga pada Ahad, tidak akan berlangsung sehingga paling awal Mei.

    Dalam laporan lain, The Guardian berkata terdapat keraguan dalam kalangan enam beradik Glazer kerana masing-masing mempunyai pandangan sendiri tentang sebarang pengambilalihan tetapi penjualan itu kekal ‘di bawah pertimbangan serius oleh keluarga secara keseluruhan.’

    Sheikh Jassim, 41, yang berpendidikan di Akademi Tentera Diraja Britain di Sandhurst, mendakwa sebagai peminat lama United. Dia adalah orang pertama yang mengemukakan bidaan pada 17 Februari dan telah menjanjikan pengambilalihan United yang ‘bebas hutang sepenuhnya’.

    Peminat United, Ratcliffe, adalah salah seorang individu terkaya di Britain, dengan anggaran nilai bersih £12.5 bilion berikutan kejayaan INEOS, syarikat kimia globalnya.

    Dia berminat untuk mengembangkan portfolio sukan yang termasuk kelab bola sepak Perancis, Nice dan pasukan Switzerland FC, Lausanne-Sport, serta pasukan berbasikal Ineos, Grenadiers, yang dahulunya Team Sky. – AFP

    Gambar fail reaksi Fred (kiri) meraikan gol semasa perlawanan pusingan kedua Liga Europa UEFA antara Manchester United dan FC Barcelona di stadium Old Trafford di Manchester pada 23 Februari, lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...