Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Guardian Brunei buka cawangan ke-29

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Guardian secara rasmi telah membuka cawangannya yang ke-29 di Gadong Central dengan majlis perasmiannya hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan perasmian ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Asia Tenggara, Soren Lauridsen. 

    Turut hadir ialah Pengurus Guardian Brunei, Jennifer Yang dan pasukan pengurusan dari Guardian Malaysia dan Guardian Brunei.

    Dalam ucapannya, Soren Lauridsen melahirkan rasa bangga melihat perkembangan Guardian di Brunei dengan pembukaan cawangan kelima pada tahun ini sahaja.

    Beliau turut menerangkan beberapa promosi yang berjalan pada masa ini bagi para pelanggan Guardian khususnya di cawangan terbaharu tersebut.

    Sempena pelancaran itu, pelanggan layak menyertai cabutan bertuah apabila berbelanja pada jumlah minimum dalam satu resit di cawangan baharu tersebut. 

    Selain itu, 100 pelanggan pertama yang membuat pembelian minimum untuk memenangi hadiah misteri secara rawak dan hadiah percuma.

    Haji Maswadi dan Soren Lauridsen bersama-sama merasmikan cawangan terbaharu Guardian Brunei di Gadong Central.
    Haji Maswadi dan Soren Lauridsen meninjau cawangan terbaharu berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...