Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Zahiril belajar dialek Siam demi filem Siku 12

    Pengalaman ketika membintangi filem Bunohan membantu aktor terkenal, Zahiril Adzim, 38, melakukan babak pertarungan berikutan tiada asas dalam seni mempertahankan diri Muay Thai atau persilatan Melayu.

    Menerusi filem terbaharu, Siku 12: Langkah Derhaka, Zahiril atau nama sebenarnya, Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar yang bergandingan dengan Syafiq Kyle selaku teraju utama perlu beraksi sebagai petinju.

    Zahiril berkata, dia terima tawaran berlakon kerana tertarik dengan jalan cerita filem terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd itu.

    Bagaimanapun, kata Zahiril, dia perlu banyak berlatih dalam melakukan babak pertarungan kerana tiada asas seni mempertahankan diri.

    “Mujur saya ada pengalaman belajar Muay Thai ketika berlakon dalam filem Bunohan. Sedikit sebanyak membantu saya di lokasi penggambaran filem Siku 12.

    Zahril tidak dapat mengelak alami lebam di tangan, kaki atau sakit badan setiap kali berlakon dalam filem bergenre aksi. – Agensi

    “Pada masa sama, saya menjalani latihan bersama ahli Kelab Pon Muay Thai, Kedah untuk menguasai babak bertinju dan pertarungan sebelum memulakan penggambaran.

    “Saya tidak dapat mengelak mengalami lebam di tangan, kaki atau sakit badan setiap kali berlakon dalam filem aksi.

    “Ia perkara biasa apabila berlakon dalam filem aksi kerana perlu nampak seperti petinju sebenar beraksi di gelanggang,” katanya kepada BH Online.

    Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH 33) itu berkata, dia berdepan beberapa cabaran lain termasuklah perlu menguasai dialek Siam.

    “Saya membawa watak lelaki keturunan Siam bernama A Wut.

    “Sudah tentu saya perlu menguasai dialek Siam. Saya bernasib baik dibantu ahli kelab Pon Muay Thai yang berdarah kacukan Melayu-Siam ketika di lokasi penggambaran,” katanya.

    Selain Zahiril dan Syafiq, filem arahan Azhari Zain turut membariskan pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...