Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Guardian Brunei demonstrasi produk baharu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Dalam menyediakan pelbagai pilihan produk kecantikan sekali gus sebagai pemimpin dalam produk kecantikan dan kesihatan di negara ini, Guardian Brunei telah melancarkan Acara Kecantikan Tahunan Soiree yang berlangsung di 118, Residence Kampung Kiulap, hari ini.

    Beauty Soiree dengan tema musim panas itu telah dilancarkan oleh Ketua Guardian Brunei, Jennifer Yang.

    Pada acara itu, demo dan pengenalan beberapa produk baharu daripada peralatan hingga produk kecantikan yang dijual di Guardian didedahkan kepada tetamu yang hadir terdiri daripada pengamal media dan jurusolek.

    Acara dimulakan dengan tunjuk cara mekap menggunakan produk Artdeco oleh Guardian Brunei Beauty Around the World Ambassador, Bash Harry yang berkongsi teknik dan tip cara penggunaan peralatan kecantikan itu.

    Manakala itu, Pengarah Jenama dari Cosbiz Pte Ltd, Irene Chiong dan Pengurus Jenama Serantau, Winnie Aw pula memperkenalkan jenama Grafen dan Moremo dengan menunjuk cara produk Moremo Recovery Balm.

    Tetamu juga berpeluang mendengarkan mengenai jenama XNDO yang disampaikan oleh Karen Foong di mana tetamu yang hadir bukan saja mendengarkan penerangan malah berpeluang mencuba pelbagai rangkaian makanan baharu yang akan datang dan masih belum didedahkan.

    Selain itu, tetamu juga mendengarkan pengenalan jenama Summerie yang disampaikan oleh Penyelia Kanan DCH Auriga, Jaymee Lau bersama Penolong Pengurus Jenama Patrick Ng dan Athirah.

    Acara diakhiri dengan sesi senaman yoga yang dipimpin oleh Joyce Hong dari Yoga by Joyce.

    Para pengamal media dan jurusolek mendengarkan tunjuk cara mekap daripada Bash Harry menggunakan produk-produk yang terdapat di Guardian Brunei.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...