Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Guru dijanjikan kenaikan gaji, 4,000 kekosongan

    PARIS, 25 OGOS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron hari ini berjanji untuk menaikkan gaji guru di tengah-tengah krisis pengambilan yang menyebabkan kira-kira 4,000 kekosongan sekolah menjelang permulaan penggal baharu persekolahan.

    Seminggu sebelum musim persekolahan dibuka selepas cuti musim panas, Macron memberitahu ketua sekolah bahawa usaha untuk menaikkan gaji guru yang bermula pada tahun 2020 akan diteruskan.

    Beliau menambah ‘bahawa tiada guru akan memulakan kerjaya sebagai seorang tenaga pengajar dengan pendapatan kurang daripada 2,000 euro sebulan’, peningkatan kira-kira 10 peratus berbanding pendapatan sekarang.

    Angka-angka daripada kementerian pendidikan menunjukkan bahawa 4,000 pekerjaan guru kekal kosong sekali gus menimbulkan perdebatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini mengenai cara menarik lebih ramai orang ke dalam kerjaya guru itu.

    Menteri Pendidikan, Pap Ndiaye mengakui pada Julai bahawa gaji yang diberikan tidak pada tahap yang diharapkan.

    Kerajaan telah menjanjikan kenaikan tanpa syarat untuk guru baharu tetapi juga akan menawarkan kenaikan berasaskan tugas untuk guru yang bersetuju untuk memikul tanggungjawab tambahan.

    Kerjaya guru di Perancis biasanya dikehendaki memiliki ijazah sarjana dalam pendidikan dan lulus peperiksaan pensijilan yang sukar, tetapi kementerian pendidikan menurunkan prasyarat itu untuk “guru kontrak” sementara.

    Kadar pengangguran di Perancis berada pada kadar 7.4 peratus, dengan 2.3 juta orang secara tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan pendapatan, menurut agensi statistik INSEE. – AFP

    Emmanuel Macron semasa menyampaikan ucapan di Universiti Sorbonne di Paris, pada 25 Ogos, semasa pembukaan mesyuarat rektor tahun persekolahan baharu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...