Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Hab pengajaran serantau Nisai akan dipertingkat

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Susulan prestasi cemerlang yang diraih Nisai Brunei dalam menyampaikan pendidikan dan latihan berkualiti dalam dan luar rantau Asia, Nisai Group Ltd (Nisai) mengumumkan hab pengajaran serantaunya di negara ini akan dipertingkatkan dan dibangunkan sebagai Pusat Kecemerlangan Pen-didikan bagi rantau Asia.

    Menurut kenyataan yang diterima, Nisai Brunei yang dikendalikan sepenuhnya oleh anak-anak tempatan itu terdiri daripada kumpulan belia negara yang telah berjaya direkrut dan dilatih mengikuti piawaian tinggi Nisai.

    Baru-baru ini, Nisai Brunei telah mengadakan majlis ulang tahun ke-3 penubuhan syarikat berkenaan sekali gus merasmikan pembukaan pejabat Nisai Brunei pada 12 Julai lalu.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis berkenaan ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam, Catherine Pochkhanavala-Cleeves.

    Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nisai, Dr Dhruv Patel; dan beberapa pegawai kanan dan eksekutif daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan organisasi-organisasi tempatan.

    Dr Dhruv Patel dalam kenyataan itu mengongsikan prestasi kukuh dalam kalangan guru-guru Brunei dalam penyampaian pengajaran mereka telah mewujudkan pencapaian kedudukan Nisai yang mantap dalam pasaran Asia.

    “Apabila merancang untuk pengembangan Nisai di rantau Asia, perkara yang amat ketara tentang Negara Brunei Darussalam adalah kualiti graduan dan guru-guru, dan juga penguasaan yang mengagumkan dalam bahasa Inggeris. Kami telah mengambil graduan Brunei yang berbakat dan melatih mereka dalam penyediaan dan penyampaian pengajaran, mengikut piawaian British dan dunia.

    “Guru-guru Nisai Brunei kini berkongsi pengetahuan dan budaya dengan pelajar-pelajar dari seluruh dunia,” ujarnya.

    Beliau turut mengulas bahawa dalam mewujudkan sektor baharu tempatan iaitu sektor perkhidmatan khususnya dalam pendidikan melalui platform dalam talian begitu perlu memiliki perancangan yang begitu baik dalam sesebuah negara bahkan disertai juga dengan pengetahuan dan kemahiran masyarakat di negara ini dengan sokongan antara satu sama lain.

    Catherine Pochkhanavala-Cleeves, PYT Nahida Rahman Shumona, Dr Dhruv Patel dan beberapa pegawai kanan dan eksekutif daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan organisasi-organisasi tempatan hadir ke acara Nisai Brunei yang telah diadakan pada 12 Julai lalu. – Gambar serahan Nisai Brunei
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...