Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Hadiah pingat emas pertama untuk isteri

SOLO, INDONESIA, 1 OGOS – Jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sanggup meninggalkan isterinya yang sarat mengandung demi mengharumkan nama negara di Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini.

Sebaik sahaja mengesahkan emas pertama negara di Solo menerusi acara lontar peluru F20 (masalah intelektual), beliau terus mendedikasikan kejayaan itu kepada isterinya Zafira Nasir yang dijangka melahirkan cahaya mata ketiga pasangan itu pada bila-bila masa.

Ia juga kali pertama dalam karier 12 tahunnya, atlet berusia 32 tahun itu mendapat penghargaan sebagai penyumbang emas pertama di temasya sukan. – Bernama

Muhammad Ziyad Zolkefli semasa beraksi dalam acara lontar peluru F20 (masalah intelektual) pada temasya Sukan Para ASEAN ke-11 di Stadium Manahan, kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -