Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Hainan sasar jadi pusat pelancaran angkasa bertaraf dunia

    WENCHANG, 15 APRIL – China mahu menjadikan pusat pelancaran kapal angkasa lepas di pulau Hainan sebagai fasiliti berkelas dunia menerusi usaha inovasi.

    Demikian kata Presiden Xi Jinping selepas diberi taklimat mengenai pusat pelancaran Wenchang serta misi angkasa lepas sempena lawatan ke wilayah selatan China itu, pada Selasa.

    Menurut beliau, selaku tapak pelancaran roket pembawa tujahan tinggi generasi baharu, Wenchang berperanan penting dalam penjelajahan angkasa jauh dan telah diiktiraf sebagai komponen utama sistem aeroangkasa negara.

    “Keberanian dan inisiatif adalah perlu untuk melakukan inovasi dan kreativiti bagi melonjakkan prestasi industri aeroangkasa negara menerusi pemodenan,” kata Xi ketika majlis ramah mesra dengan staf pusat berkenaan.

    Beliau turut mengingatkan staf supaya menggalas tanggungjawab dalam perancangan strategi aeroangkasa, sekali gus membawa misi yang lebih besar dengan menyasarkan teknologi bertaraf dunia.

    China dijangka menyiapkan pembinaan stesen angkasa lepas pada tahun ini selepas kapal kargo Tianzhou-4 dan Tianzhou-5 serta modul eksperimen Wentian dan Mengtian dilancarkan dari Wenchang.

    Xi mahu pusat berkenaan supaya melakukan persiapan rapi bagi memastikan misi pelancaran tersebut berjaya.

    Terdahulu, pusat pelancaran Wenchang berjaya melengkapkan pelbagai misi ke angkasa lepas termasuk modul teras stesen angkasa Tianhe, prob eksplorasi bulan Chang’e-5, dan kapal prob penyelidikan Marikh Tianwen-1. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...