Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Haji Ahmadi juara Boling Padang

Oleh Daniel Lim
Gambar serahan JBS Belait

BELAIT, 16 MAC – Haji Ahmadi Hassim, bersama-sama Bahrin Emran dan Mohd Ruzain Rizman masing-masing muncul juara untuk kategori perseorangan dan berpasangan dalam Kejohanan Boling Padang yang diadakan pada 12 Mac lalu di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA).

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Cawangan Daerah Belait bersama Unit Pembangunan Sukan, dengan 10 orang pemain boling padang telah mengambil bahagian. Ia bertujuan untuk mempromosikan sukan boling padang dan memupuk gaya hidup sihat di daerah berkenaan.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengumpulkan pemain-pemain boling padang di keempat-empat daerah dan sekitarnya untuk berkongsi minat mereka dalam sukan tersebut.

Dalam kalangan 10 pemain yang bertanding di kejohanan tersebut, Haji Ahmadi Hassim mucul juara bagi Kategori Perseorangan, diikuti Bahrin Emran dan Morani Haji Murah masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, untuk Kategori Berpasangan, gandingan Bahrin Emran dan Mohd Ruzain Rizman menduduki tempat pertama, diikuti oleh Morani dan Mohd Erwan Mohamad di tempat kedua, manakala tempat ketiga dikongsi oleh Haji Ahmadi Hassim dan Ishak Bakar, serta Mohd Zamirul Aswandy Ahmad dan Siti Aisah Haji Landok.

Hadir selaku tetamu pada kejohanan tersebut ialah Pengetua SMSA, Steven Shim Sheau Huei, diiringi oleh Pemangku Ketua JBS Daerah Belait, Gaung Jamit bagi menyampaikan hadiah dan trofi kepada pemenang kedua-dua kategori.

Antara aksi pemain boling padang pada kejohanan tersebut.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -