Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Hampir 600 penguin mati di pantai Brazil

    SAO PAULO, 14 OGOS – Sebanyak 596 ekor penguin ditemukan mati di Florianopolis, Santa Catarina selatan Brazil selepas puting beliung luar tropika yang membawa angin kencang melebihi 100 kilometer sejam melanda kawasan itu, menurut Projek Pemantauan Pantai Lembangan Santos (PMP).

    Haiwan itu dijumpai di beberapa kawasan pantai di Florianopolis, kata pakar biologi Andre Barreto, yang juga penyelaras Santa Catarina PMP. Puting beliung yang bergerak menghala ke selatan dan tenggara Brazil itu turut menghanyutkan beberapa spesis haiwan marin lain dan bangkai seperti camar dan penyu juga turut ditemukan sejak Selasa, katanya.

    “Secara amnya, haiwan yang dijumpai selepas puting beliung adalah haiwan yang paling lemah. Penguin mengalami kesukaran untuk melarikan diri apabila berdepan ombak yang kuat, tidak seperti burung lain kerana penguin tidak boleh terbang.

    “Penguin lemas akibat keadaan laut bergelora, meskipun cuba berenang ke permukaan untuk bernafas,” kata pakar itu. – Bernama  

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...