Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Harga makanan dunia turun lagi

    PARIS, 5 OGOS – Harga makanan dunia menurun mendadak pada Julai, sebahagiannya disebabkan perjanjian dicapai di antara Ukraine dan Rusia yang membatalkan sekatan laut yang menyekat hantaran bijirin Ukraine, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hari ini.

    Harga makanan naik kepada rekod tinggi pada Mac selepas Rusia menyerang Ukraine, sekali gus membangkitkan kebimbangan konflik di antara dua negara pengeluar bijirin terkemuka dunia akan mencetuskan kelaparan di negara-negara yang bergantung pada eksport mereka. Sementara harga masih tinggi, kini ia telah menurun untuk bulan kelima berturut-turut, merosot sebanyak 8.6 peratus pada Julai berbanding Jun, menurut indeks harga makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).

    Indeks itu, yang mengukur perubahan bulanan dalam harga antarabangsa komoditi makanan, masih 13.1 peratus lebih tinggi berbanding pada Julai 2021. Penurunan terbesar adalah harga minyak sayuran, yang merosot sebanyak 19.2 peratus di antara Jun dan Julai untuk mencecah tahap rendah 10 bulan.

    Indeks harga bijirin mencatat penurunan bulanan sebanyak 11.5 peratus, menurut FAO.

    Kemerosotan bijirin didorong oleh kemerosotan dalam harga gandum dunia, ‘sebahagianya sebagai tindak balas terhadap perjanjian yang dimeterai di antara Ukraine dan Persekutuan Rusia untuk membuka pelabuhan Laut Hitam di Ukraine,” kata agensi PBB itu. – AFP

    Mesin penuai beroperasi di sebuah ladang gandum di Fernelmont, tengah Belgium pada 29 Julai 2022. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...