Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Harga minyak dunia cecah AS$100 setong

    LONDON, 24 FEB – Harga minyak dunia hari ini telah mencecah AS$100 buat kali pertama dalam tempoh lebih tujuh tahun, kali ini disebabkan kebimbangan bekalan selepas pengeluar utama, Rusia menyerang Ukraine.

    Penanda aras minyak mentah Eropah, Brent North Sea melonjak lebih lapan peratus kepada AS$105.79 setong yang menjadikannya salah satu paras tertinggi sejak 2014.

    Kontrak pengeluar AS, West Texas Intermediate telah mencecah AS$100.54 setong, juga satu peningkatan di mana kali terakhir dilihat adalah pada tujuh tahun lalu.

    Perkara itu menghadkan kenaikan mendadak selama hampir dua tahun sejak minyak mentah jatuh ke paras negatif untuk kali pertama.

    Pada awal tahun 2020, minyak seketika bertukar menjadi suatu yang negatif berikutan bermulanya pandemik koronavirus yang menyebabkan penutupan pejabat dan kilang serta penerbangan pesawat di seluruh dunia tidak beroperasi.

    Pasaran juga merosot disebabkan kemudahan penyimpanan yang terhad dan perang harga antara Saudi dan Rusia.

    WTI merosot kepada negatif AS$40.32, bermakna pengeluar membayar pembeli untuk mengambil minyak dari mereka.

    Pada masa yang sama, Brent mencecah rekod terendah AS$15.98.

    Harga minyak sejak itu telah pulih, melonjak naik pada tahun lalu sekitar AS$70 setong apabila ekonomi dibuka semula daripada penutupan yang telah mencetuskan peningkatan dalam permintaan untuk minyak mentah, terjejas teruk oleh COVID-19. -AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...