Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Hari istimewa pelajar SMSA

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 29 NOV – Seramai 146 pelajar Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA) telah diraikan pada Majlis Anugerah Pelajar Terbaik setelah mencatatkan pencapaian akademik dan kokurikulum mereka, pada majlis yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan, kelmarin.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah pengetua sekolah, Steven Shim Sheau Huei, yang diiringi oleh Timbalan Pengetua Akademik, Dayang Sharifah Raihani binti Haji Wan Ali; Timbalan Pengetua Pentadbiran, Hajah Mazizan binti Haji Mohammad, dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah (PIBG) Awang Nordin bin Haji Zainal. Turut hadir ialah ibu bapa dan penjaga pelajar yang diraikan.

    Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata ia merupakan hari istimewa untuk 146 pelajar dalam meraikan pencapaian mereka setelah menghadapi cabaran yang luar biasa sepanjang tahun akibat pandemik global.

    “Kami juga berbesar hati apabila ibu bapa dan penjaga hadir bagi memeriahkan majlis tersebut, kerana sokongan awda bersama-sama usaha yang dilakukan oleh guru-guru, membantu memastikan pelajar berjaya dan meraih pelbagai pencapaian akademik dan kokurikulum walaupun dilanda COVID-19,” tekannya.

    Tambahnya, anugerah itu memberi peluang untuk memperingati pencapaian pelajar dan memantapkan serta memperkukuh pertumbuhan berterusan pelajar selaras dengan moto sekolah iaitu Berusaha ke arah Kecemerlangan.

    Majils berkenaan diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada para pelajar yang disampaikan oleh pengetua dan timbalan pengetua.

    Ini termasuk tiga pelajar yang mempunyai prestasi terbaik bagi setiap kelas dari Tahun 7 hingga 10 serta pra vokasional, terbaik dalam mata pelajaran, terbaik dalam kehadiran dan anugerah CCA.

    Selain itu, pihak sekolah juga mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh guru-guru sekolah sebagai sebahagian daripada Anugerah Pengiktirafan Guru kerana pencapaian melebihi purata kebangsaan dalam BC GCE O Level 2021.

    Dalam pada itu, PIBG sekolah tersebut turut berkesempatan untuk menyampaikan beberapa anugerah khas sebagai mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh penerima.

    Steven Shim Sheau Huei menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar semasa majlis berkenaan.
    Guru-guru bersama pelajar bergambar ramai semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...