Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Hari MIB promosi semangat keusahawanan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Dengan hasrat untuk meningkatkan lagi kefahaman konsep dan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) kepada pelajar, guru dan orang ramai, pelajar-pelajar daripada BTEC Level 3 Diploma dalam Teknologi Maklumat, Institut KEMUDA, Kampus Beribi telah mengadakan Hari Keusahawanan dengan Konsep MIB, baru-baru ini.

    Majlis dimulakan dengan kata alu-aluannya daripada wakil pelajar, Awangku Mohammad Haziq Fakhtullah Shah bin Pengiran Haji Mohammad Iskandar Shah.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Institut KEMUDA, di sini, para pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan untuk menubuhkan perniagaan mereka dan menghasilkan produk serta menjualnya melalui penggunaan media sosial.

    Pameran itu mengetengahkan pelbagai permainan, makanan dan pencuci mulut tradisional Brunei termasuk Congkak, kuih bahulu, kelupis dan kain tenunan, yang boleh dibeli oleh guru-guru dan orang ramai.

    Di samping itu, rekaan fesyen dan beberapa barangan antik yang memaparkan nilai-nilai MIB juga diketengahkan.

    Tumpuan utama Hari MIB adalah untuk mempromosikan semangat keusahawanan para pelajar dan untuk melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran keusahawanan untuk masa hadapan.

    Pelajar semasa menjual makanan pada Hari Keusahawanan yang diadakan di Institut KEMUDA, Kampus Beribi baru-baru ini. – Gambar serahan KEMUDA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...