Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Hentikan peluasan penempatan Israel

    RAMALLAH, 5 OGOS – Palestin pada Khamis menggesa campur tangan antarabangsa untuk menghentikan peluasan penempatan haram Israel di Tebing Barat dan melindungi penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin, lapor Xinhua.

    Masyarakat antarabangsa perlu campur tangan untuk menghalang Israel daripada merampas tanah, merobohkan rumah, membakar pokok, dan memusnahkan infrastruktur di wilayah Palestin, menurut Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan.

    “Tindakan Israel telah mengubah perbincangan, kedudukan, atau visi yang berkaitan dengan keamanan berdasarkan penyelesaian dua negara kepada satu khayalan dan impian tidak realistik, yang sukar dicapai,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...