Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Britney Spears kini bergelar isteri Asghari

    Persoalan status perkahwinan penyanyi pop terkenal, Britney Spears akhirnya terjawab.

    Spears dilaporkan sudah selamat bergelar isteri kepada tunangnya, Sam Asghari dalam sebuah majlis di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, lapor media tempatan.

    Bagaimanapun di sebalik berita gembira itu, bekas suami Spears, Jason Alexander dilaporkan telah menceroboh kediaman penyanyi tersebut.

    Menurut Pejabat Sherif Ventura County, California, pihaknya terus bergegas ke kediaman Spears selepas menerima aduan dan Alexander kini berada dalam tahanan pihak polis.

    Britney dilaporkan mengahwini Jason yang merupakan kenalan lamanya pada tahun 2004 sebelum mereka mengambil keputusan bercerai selepas 55 jam disahkan bergelar suami isteri.

    Spears berkahwin dengan Asghari yang merupakan seorang pelakon dan jurulatih kecergasan sembilan bulan selepas pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka.

    Pasangan itu bertemu semasa penggambaran muzik video lagu Slumber Party pada tahun 2016 dan bercinta setahun selepas itu.

    Ini merupakan perkahwinan ketiga penyanyi pop berusia 41 tahun itu.

    Menerusi perkahwinannya yang kedua dengan penari Kevin Federline yang bertahan sehingga 2007, Spears mempunyai dua anak lelaki iaitu Sean Preston, 17, dan Jayden James, 16 tahun. – Agensi

    Britney Spears sah bergelar isteri kepada Sam Asghari dalam satu majlis di Los Angeles, AS. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...