Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    PBB: China, Rusia bekal junta Myanmar senjata

    GENEVA, 22 FEB – Ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) China dan Rusia, serta Serbia terus membekalkan junta Myanmar dengan senjata yang digunakan untuk menyerang orang awam sejak rampasan kuasa tahun lalu, kata pakar hak asasi PBB, hari ini.

    Pelapor khas PBB mengenai situasi hak asasi di Myanmar, Tom Andrews, menggesa Majlis Keselamatan untuk mengadakan sesi tergempar “untuk berdebat dan mengundi resolusi untuk sekurang-kurangnya melarang pemindahan senjata yang diketahui digunakan oleh tentera Myanmar menyerang dan membunuh orang awam.”

    Beliau mengeluarkan laporan yang telah lama ditunggu-tunggu hari ini yang memperincikan dari mana junta mendapatkan senjatanya, menekankan bahawa dua ahli tetap Majlis Keselamatan sendiri, yang memegang kuasa veto ke atas keputusannya, kekal antara pembekal utama.

    “Walaupun bukti jenayah kekejaman tentera junta dilakukan tanpa hukuman sejak melancarkan rampasan kuasa pada tahun lalu, ahli Majlis Keselamatan PBB Rusia dan China terus menyediakan bekalan senjata kepada tentera Myanmar dengan banyak jet pejuang, kenderaan berperisai. Manakala bagi Rusia, janji membekalkan senjata selanjutnya,” kata Andrews dalam satu kenyataan.

    Dalam laporannya, beliau menegaskan bahawa pemindahan senjata oleh tiga negara telah “berlaku dengan pengetahuan penuh bahawa ia akan digunakan untuk menyerang orang awam, yang berkemungkinan melanggar undang-undang antarabangsa. – AFP

    PBB mengkritik China dan Rusia kerana didakwa membekalkan senjata yang digunakan oleh tentera Myanmar terhadap orang awam, 22 Februari. – AP

    Di bawah peraturan baharu, kesemua 7.4 juta penduduk akan melaksanakan pusingan ketiga ujian wajib pada Mac, meskipun Lam tidak memaklumkan tarikh permulaannya.

    Ujian akan dilanjutkan selama beberapa hari dengan penduduk turut melakukan ujian pantas antigen beberapa kali setiap hari di rumah.

    “Mereka yang tidak membuat ujian universal akan dipertanggungjawabkan,” amaran Lam, menambah tiada jaminan langkah itu akan sepenuhnya dapat mengawal penularan.

    Sekolah dan beberapa perniagaan seperti gim, bar, salon kecantikan akan terus ditutup sehingga penghujung April dengan kemudahan pendidikan ditukar menjadi pusat ujian tempatan.

    Penerbangan dari sembilan buah negara termasuk Britain dan Amerika Syarikat akan terus digantung. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...