Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Hodgson kembali ke EPL

    WATFORD, ENGLAND, 3 FEB – Roy Hodgson telah menyifatkan kepulangannya kembali menguruskan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai ‘satu cabaran yang amat besar untuk dipikul’.

    Bekas jurulatih England berusia 74 tahun itu dilantik oleh Watford minggu lalu dan akan berusaha untuk mengemudi pasukan itu keluar daripada zon penyingkiran, seperti yang dilakukannya dalam aksi menyelamat sebelum ini di Crystal Palace, Fulham dan West Bromwich Albion. Walaupun sejarah Watford yang selalu memecat pengurus, Hodgson berkata ia adalah peluang yang dia tidak boleh menolak dan menggunakan analogi yang mengejutkan untuk menggambarkan situasinya.

    “Saya tidak menjangkakan sebarang panggilan daripada Watford, atau orang lain mengenai perkara itu,” katanya. “Tetapi ia adalah satu kerja yang sangat mudah untuk diterima.”

    Watford kini menghuni kedudukan tercorot, dua mata daripada zon penyingkiran dengan baki 18 perlawanan, selepas tewas 3-0 di gelanggang sendiri kepada Norwich apabila keluarga Pozzo memutuskan untuk memecat Claudio Ranieri selepas hampir empat bulan mengendalikannya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...