Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ketua asrama JIS terima diploma BSA

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), hari ini, telah meraikan Ketua Asrama Osprey Girls House Boarding, Lynsay Scott kerana mendapat BSA Profes-sional Practice Diploma for Boarding.

    Pengetua JIS, Nicholas Sheehan mengucapkan tahniah kepada Lynsay Scott kerana mencapai kelayakan itu yang merupakan bukan sahaja bukti kerja keras beliau tetapi juga komitmen sekolah terhadap pembangunan profesional berterusan untuk kakitangan.

    Menurut kenyataan JIS, kursus diploma tersebut ialah kursus setahun yang ditawarkan oleh Persatuan Sekolah Berasrama Penuh (BSA) yang berprestij di United Kingdom (UK), kepada kakitangan asrama kanan.

    Kursus yang diajar itu adalah gabungan hari-hari belajar dalam talian dan tiga tugasan yang besar.

    Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu utama yang penting kepada asrama, bukan sahaja di UK tetapi di seluruh dunia, dengan menyediakan peluang untuk berkongsi pengalaman dan amalan baik dengan rakan sekerja asrama yang lain.

    Tugasan kursus memerlukan penilaian menyeluruh tentang peruntukan asrama di JIS dan peluang untuk menyiasat aspek tertentu asrama dan mengesyorkan atau membawa perubahan dan penambahbaikan.

    Pendekatan Kajian Tindakan mencerminkan falsafah dan proses refleksi kritikal yang menjadi asas kepada diploma tersebut.

    Lynsay Scott dipetik berkata, “Saya gembira untuk menerima anugerah ini yang boleh memastikan kami menawarkan peruntukan yang terbaik untuk pelajar asrama kami.”

    Nicholas Sheehan menyampaikan sijil kepada Lynsay Scott. – Gambar serahan JIS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...