Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Hubbard mendahului Kejohanan Sanderson Farms

    WASHINGTON, 2 OKT – Mark Hubbard, memburu kejuaraan pertama Jelajah PGA AS, membuat pukulan tujuh bawah par 65 untuk mendahului satu pukulan selepas pusingan ketiga kelmarin di Kejohanan Sanderson Farms.

    Pemain kelahiran Amerika Syarikat (AS) yang berusia 33 tahun ini mencatatkan lima pukulan birdie berturut-turut di sembilan lubang terakhir untuk berada 15 bawah par 201 selepas 54 lubang di The Country Club of Jackson di Mississippi.

    “Saya bermain dengan baik untuk meraih kelebihan,” kata Hubbard.

    “Saya tidak terlalu teruja seperti kedudukan carta kerana saya sentiasa berada di kedudukan yang tepat.”

    Sementara itu, pemain dari Kanada, Mackenzie Hughes membuat pukulan bogey pada 17 dan menamatkan permainan dengan birdie jarak 29 kaki dari pusingan terakhir daripada 68 dan meraih kedudukan kedua dengan 202.

    “Ia sangat penting,” kata Hughes. “Saya fikir ia akan menjadi dua pukulan yang sukar jadi saya melihat pukulan yang masuk sebagai bonus besar. Membawa saya untuk bermain esok, yang mana ia sangat penting.”

    Garrick Higgo dari Afrika Selatan dan pemain AS, Scott Stallings berkongsi tempat di kedudukan ketiga dengan 204, sementara Keegan Bradley dan Nick Hardy dari AS berada di kedudukan keempat. – AFP

    Aksi Mark Hubbard membuat pukulan di lubang ke-18 semasa pusingan ketiga Kejohanan Sanderson Farms, 1 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...