Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Hujan lebat ragut 10 jiwa, ratusan ribu dipindah

    BEIJING, 9 JUN – Sepuluh orang telah meninggal dunia di tengah China ketika hujan berterusan membadai wilayah Hunan, memaksa pemindahan ratusan ribu penduduk, lapor media kerajaan.

    Hujan yang bermula 1 Jun itu telah memaksa pemindahan sekitar 286,000 orang, dengan lebih 2,700 rumah runtuh atau musnah, lapor agensi berita rasmi Xinhua, kelmarin.

    Setakat kelmarin, 10 orang terkorban manakala tiga lagi hilang, kata pegawai wilayah Hunan, Li Dajian, menurut agensi tersebut.

    “Hujan lebat telah menyebabkan paras air sungai dan tasik meningkat mendadak,” kata kerajaan wilayah dalam satu kenyataan hari ini.

    “Semua peringkat seluruh wilayah itu bertindak segera dan berusaha untuk mencegah bencana.”

    Hujan telah memberi kesan kepada semua wilayah Hunan dengan beberapa stesen kaji cuaca melaporkan ‘tahap bersejarah’ kerpasan, menurut Xinhua.

    Ia memetik pihak berkuasa tempatan sebagai berkata bahawa 1.79 juta orang telah ‘terjejas’, tanpa memberi butiran terperinci.

    Pihak berkuasa telah menghantar khemah, katil lipat, makanan dan pakaian kepada kawasan terjejas, tambah Xinhua. – AFP

    Banjir melanda bandar purba Feng Huang di wilayah Hunan tengah China pada 4 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...