Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Hyundai terima AS$1.8 bilion bangunkan kereta elektrik di AS

    SAVANNAH, 24 JULAI – Negeri Georgia dan kerajaan tempatan akan memperuntukkan AS$1.8 bilion dalam potongan cukai dan insentif lain kepada Kumpulan Hyundai Motor sebagai tukaran kepada pembinaan kilang pertama syarikat itu untuk mengeluarkan kenderaan elektrik di AS berdekatan dengan Savannah, menurut perjanjian yang diumumkan baru-baru ini.

    Perjanjian itu menyaksikan Hyundai melabur AS$5.5 bilion dalam kilangnya di Georgia dan menggaji 8,100 pekerja. Ia adalah perjanjian pembangunan ekonomi terbesar dalam sejarah negeri AS dan dicapai beberapa bulan selepas Georgia memeterai satu lagi perjanjian besar dengan pembuat kenderaan elektrik Rivian untuk membina sebuah kilang di negeri itu.

    “Projek berkenaan bukan sahaja memantapkan kedudukan kami dalam kempen peralihan kepada kendera-an elektrik, tetapi ia juga memastikan ribuan penduduk Georgia di negeri itu menerima faedah daripada pewujudan pekerjaan masa depan,” kata Pat Wilson, pesuruhjaya pembangunan ekonomi negeri, dalam satu kenyataan.

    Hyundai merancang memulakan pembinaan kilang pada tahun depan dan mula mengeluarkan sehingga 300,000 kenderaan setahun menjelang 2025. Kilang baharu itu juga akan mengeluarkan bateri kenderaan.

    Namun pegawai enggan mendedahkan insentif yang telah dijanjikan kepada Hyundai sehingga selepas perjanjian dimeterai. Pakej yang diumumkan pada Jumaat bernilai kira-kira AS$300 juta lebih daripada insentif yang dijanjikan kepada Rivian. – AP

    Gabenor Georgia Bran Kemp (kiri) dan Jaehoon ‘Jay’ Chang, presiden dan CEO Hyundai Motor Company berjabat tangan selepas menandatangani perjanjian untuk Hyundai membina kilang di Ellabell, berdekatan Savannah. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...