Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ibu tunggal di Sarawak terima bantuan

    KUCHING, 20 MEI – Pelbagai bantuan disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) dan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) bagi membantu golongan ibu tunggal yang berhasrat untuk menjalankan perniagaan mikro bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka.

    Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Datuk Rosey Yunus berkata satu daripadanya adalah Bantuan Geran Pelancaran sebanyak RM5,000 dalam bentuk peralatan disalurkan melalui JKMS.

    “Sehingga April 2022, seramai 364 ibu tunggal telah menerima bantuan dan bimbingan JKMS dan masih aktif berniaga,” katanya  ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Dudong) ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

    Caruman berjumlah RM60 sebulan oleh kerajaan Sarawak untuk Program Kasih Suri Keluarga Malaysia turut disalurkan melalui JWKS bagi ketua isi rumah wanita atau isteri ketua isi rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih sebagai tujuan persaraan dan menggalakkan mereka menabung dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    Antara manfaat yang mereka peroleh di bawah inisiatif tersebut adalah insentif RM480 daripada kerajaan Persekutuan, bantuan hilang upaya RM5,000 dan bantuan khairat kematian sebanyak RM2,500. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...