Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    ICRC tubuh biro kesan orang hilang dalam konflik Ukraine

    NEW YORK, 9 JAN – Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menubuhkan biro khas yang bertanggungjawab mengesan orang hilang dalam konflik Ukraine, pertama kali sejak Perang Dunia II, kata jurucakap ICRC di Kyiv, Achille Despres kepada Sputnik.

    “Mengekalkan hubungan keluarga semasa perang merupakan misi utama ICRC sejak penubuhan kami,” kata Despres.

    “Dan untuk konflik antarabangsa tertentu ini, kami menubuhkan biro agensi pengesanan pusat, (dan) kali pertama kami lakukan sejak Perang Dunia Kedua.”

    Beliau berkata prosesnya serupa dengan sistem mengisi kad dan menghantarnya ke Palang Merah semasa Perang Dunia I dan II – kecuali ia kini didigitalkan.

    Mereka yang mempunyai saudara atau orang tersayang yang hilang, boleh menghubungi biro ICRC dan memfailkan permintaan. ICRC akan menyemak sistemnya berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pihak yang terlibat dalam konflik.

    Organisasi tidak boleh mengesahkan maklumat daripada media sosial kerana ia boleh menjurus kepada manipulasi atau maklumat salah.

    Biro khas itu ditubuhkan pada Mac 2022 dan setakat ini telah menerima kira-kira 50,000 pertanyaan.

    ICRC mempunyai pasukan di Geneva yang mengendalikan pusat panggilan, membolehkan orang ramai menghubungi saudara mereka telah menerima 800 panggilan sehari. – Bernama

    ICRC menubuhkan biro khas yang bertanggungjawab mengesan orang hilang dalam konflik Ukraine. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...