Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    IMF lantik ketua ekonomi baharu

    WASHINGTON, 11 JAN – Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva pada Isnin mengumumkan hasratnya untuk melantik profesor di University of California, Berkeley, Pierre-Olivier Gourinchas sebagai ketua ekonomi institusi itu, lapor Xinhua.

    Gourinchas, yang menyertai UC Berkeley pada 2003, kini merupakan pengarah fakulti Pusat Clausen untuk Perniagaan & Polisi Antarabangsa. Beliau juga merupakan penolong profesor ekonomi di Universiti Princeton dan Universiti Stanford.

    Gourinchas juga pernah menjadi pengarah program Kewangan Antarabangsa dan Makroekonomi di Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan (NBER), sebuah organisasi AS bukan berasaskan keuntungan dan bukan partisan.

    Dari 2012 hingga 2013, beliau merupakan ahli Majlis Penasihat Ekonomi Perancis kepada Perdana Menteri. Dari 2009 hingga 2016, Gourinchas menjadi sarjana pelawat IMF dan ketua pengarang Kajian Ekonomi IMF, jurnal penyelidikan utama Dana itu, menurut organisasi itu.

    “Saya sangat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Pierre-Olivier akan menyertai kami sebagai Ketua Ekonomi IMF yang seterusnya,” kata Georgieva dalam satu kenyataan, menggambarkan ahli ekonomi Perancis itu sebagai sarjana dan pengamal makroekonomi yang cemerlang dan “sangat berpengetahuan dalam masalah ekonomi global”.

    Gourinchas akan memulakan tugasnya sebagai ketua ekonomi baharu IMF pada 24 Jan, “secara sambilan” sementara menyelesaikan beberapa komitmen mengajar sebelum ini, dan memulakan tugas sepenuh masa pada 1 April 2022, menurut kenyataan itu.

    Gourinchas akan menggantikan Gita Gopinath sebagai kaunselor ekonomi dan Pengarah Jabatan Penyelidikan Dana. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...