Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    IMF: Risiko kestabilan kewangan meningkat

    BEIJING, 26 MAC – Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva mengingatkan hari ini bahawa risiko kestabilan kewangan telah meningkat dan menekankan ‘keperluan berjaga-jaga’ berikutan krisis terbaharu dalam sektor perbankan.

    Bercakap pada forum di Beijing, Pengarah Urusan IMF berkata beliau menjangka 2023 ‘menjadi satu lagi tahun mencabar’, dengan pertumbuhan meleset kurang daripada 3 peratus disebabkan peperangan di Ukraine, pengetatan mata wang dan ‘kesan’ akibat pandemik.

    ‘Ketidakpastian adalah amat tinggi,’ dengan prospek ekonomi global kemungkinan kekal lemah dalam jangka sederhana, beritahunya kepada Forum Pembangunan China.

    “Jelasnya risiko terhadap kestabilan kewangan telah meningkat,” tambahnya.

    “Pada masa hutang mencecah jumlah lebih tinggi, peralihan pesat daripada tempoh kadar faedah rendah berlarutan kepada kadar jauh lebih tinggi – diperlukan untuk membendung inflasi – jelasnya mewujudkan stres dan ketidakpastian, seperti yang terbukti oleh perkembangan terbaharu dalam sektor perbankan di beberapa ekonomi maju.”

    Komen beliau keluar selepas sektor kewangan dibelenggu kejatuhan Bank Silicon Valley dan pengambilalihan bank Swiss Credit Suisse oleh UBS, sekali gus mencetuskan kebimbangan penularan kemuflisan.

    Saham bank merosot pada Jumaat ketika kebimbangan mengenai keadaan sektor kewangan timbul semula, dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz dipaksa memberikan jaminan mengenai Bank Deutsche selepas pemberi pinjaman bermasalah itu menjadi tumpuan kebimbangan pelabur.

    Georgieva berkata penggubal dasar telah bertindak tegas dalam respons terhadap risiko kestabilan kewangan. – AFP

    Gambar daripada video menunjukkan Kristalina Georgieva menyampaikan ucapan semasa pembukaan Forum Pembangunan China di Beijing, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...