Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    iMotorbike sasar jualan 10 kali ganda

    KUALA LUMPUR, 24 JAN – Perintis platform e-dagang Asia Tenggara untuk membeli dan menjual motosikal, iMotorbike, mensasarkan untuk mencapai pertumbuhan jualan 10 kali ganda dan pendapatan tahunan sebanyak AS$20 juta menjelang akhir tahun.

    Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Gil Carmo berkata syarikat itu telah menetapkan sasaran untuk menjana kira-kira AS$2 juta setiap bulan, tahun ini.

    “Kami yakin dengan keupayaan syarikat untuk menyasarkan angka ini kerana ia adalah sasaran konservatif untuk dicapai. “Pertumbuhan bulanan pada 2022 sangat memberangsangkan untuk saiz perniagaan ini, kira-kira dalam julat hampir AS$2.66 juta, justeru kami menjangkakan untuk mencapai lebih banyak lagi pada 2023,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    Carmo berkata orang ramai pada masa kini mahu menjimatkan kos dan masa, mereka lebih suka menunggang motosikal berbanding kereta apabila berlaku kesesakan lalu lintas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...