Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    India bakal jadi hab kenderaan elektrik – PM Modi

    NEW DELHI, 29 OGOS – India beralih menjadi hab kenderaan elektrik, untuk kenderaan dua roda dan empat roda, dan negara itu sedang menyaksikan satu ‘revolusi senyap’ kerana kenderaan elektronik itu bergerak senyap, kata Perdana Menteri Narendra Modi, kelmarin.

    Bercakap pada majlis sambutan 40 tahun Suzuki di India, Xinhua memetik Modi sebagai berkata pasaran kenderaan elektrik berkembang di negara itu pada kadar yang sangat pantas sejak beberapa tahun lalu.

    Majlis itu menandakan pelancaran kilang pembuatan bateri kenderaan elektrik baharu di negeri Gujarat di barat India, dan penyediaan kemudahan pengeluaran baharu Suzuki di negeri Haryana di utara negara itu.

    “Revolusi senyap ini bukan sahaja milik para jurutera, tetapi juga milik negara secara keseluruhannya,” kata Modi, sambil menambah bahawa asas revolusi itu telah ditetapkan sejak lapan tahun lalu.

    “Hari ini kita sedang berusaha menuju ke arah penawaran dan permintaan kenderaan elektrik di negara ini. Kerajaan menawarkan insentif kepada pembeli kenderaan elektrik supaya permintaan meningkat dengan pantas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...