Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    India panggil diplomat tertinggi Britain, insiden demonstrasi di London

    NEW DELHI, 20 MAC – India kelmarin memanggil diplomat tertinggi Britain di New Delhi bagi mengemukakan bantahan terhadap demonstrasi yang diadakan di luar premis misi diplomatiknya di London.

    Bendera kebangsaan India di Suruhanjaya Tinggi itu diturunkan ke bawah semasa protes itu.

    “Diplomat UK di New Delhi telah dipanggil hari ini untuk menyampaikan bantahan keras India terhadap tindakan yang diambil oleh elemen pemisah dan ekstremis terhadap Suruhanjaya Tinggi India di London awal hari ini,” menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan kelmarin.

    “Penjelasan dituntut kerana ketiadaan pihak keselamatan British sehingga membenarkan unsur-unsur itu berlaku di premis Suruhanjaya Tinggi. Beliau diingatkan tentang kewajipan asas kerajaan UK di bawah Konvensyen Vienna.

    “India mendapati sikap acuh tak acuh kerajaan UK terhadap keselamatan premis dan kakitangan diplomatik India di UK dan ini tidak boleh diterima.

    “Kerajaan UK dijangka mengambil langkah segera untuk mengenal pasti, menangkap dan mendakwa setiap seorang daripada mereka yang terlibat dalam insiden hari ini, dan melaksanakan tindakan tegas untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang,” menurut kementerian itu.

    Penunjuk perasaan di London dilaporkan berang dengan tindakan polis India terhadap ketua pertubuhan Waris Punjab De (Waris Punjab) Amritpal Singh dan penyokongnya di Punjab.

    Lebih 110 orang telah ditahan sejak Sabtu dalam satu operasi besar-besaran yang dilancarkan untuk memburu Amritpal. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...