Thursday, May 9, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Indonesia bebaskan pembuat bom

    JAKARTA, 7 DIS – Seorang pembuat bom dalam serangan Bali 2002 yang mengorbankan 202 orang telah dibebaskan daripada penjara Indonesia dengan parol hari ini selepas menjalani separuh daripada hukuman 20 tahun.

    Pembebasan itu mendapat tentangan daripada Perdana Menteri Australia, yang menyifatkannya sebagai ‘sangat dibenci’.

    Umar Patek merupakan ketua kumpulan Jemaah Islamiyah, yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda, dan dalang ke atas pengeboman di dua buah kelab malam di Pantai Kuta.

    Pihak berkuasa Indonesia berkata Patek telah berjaya berubah semasa di penjara dan mereka akan menggunakan dia untuk mempengaruhi militan lain untuk meninggalkan keganasan.

    Patek, 55, yang nama sebenarnya Hisyam bin Alizein, diberikan pengurangan hukuman penjara 33 bulan, yang sering diberikan kepada banduan semasa cuti-cuti utama, kata Rika Aprianti, jurucakap penjara di Kementerian Keadilan.

    Dia diberikan pengurangan hukuman lima bulan pada 17 Ogos, iaitu semasa Hari Kemerdekaan Indonesia. Ini bermakna dia akan menjalankan parol yang dimestikan, katanya.

    Patek didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Jakarta Barat kerana membantu membuat bom kereta yang diletupkan oleh orang lain di luar Sari Club di Kuta, beberapa saat selepas bom dalam beg galas yang diletupkan oleh penyerang nekad di kelab malam Paddy’s Pub. Serangan itu mengorbankan 202 orang, yang kebanyakannya pelancong luar, termasuk 88 orang warga Australia, menyebabkan kedukaan di negara itu. – AP

    Gambar fail Umar Patek diiring oleh pegawai polis ketika dia meninggalkan dewan mahkamah selepas sesi pendengaran di mahkamah daerah Jakarta Barat, 21 Mei 2012. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...