Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Porsche AG sertai UN Global Compact

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengesahkan kemasukan Porsche AG menyertai UN Global Compact sebagai peserta baharu.

    Penyertaan adalah sebagai satu inisiatif terbesar dan penting di dunia untuk tadbir urus korporat yang mampan dan bertanggungjawab.

    UN Global Compact merupakan platform berbilang pihak untuk pembangunan, pelaksanaan dan pendedahan amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

    “Kami sedang melaksanakan strategi kemapanan kami di seluruh syarikat dan bersama rakan kongsi kami,” kata Ahli Lembaga Eksekutif Perolehan di Porsche AG, Barbara Frenkel.

    “Porsche mempunyai cita-cita untuk menjadikan rantaian nilainya neutral karbon bersih pada tahun 2030 termasuk fasa penggunaan neutral karbon bersih untuk model BEV masa hadapan. Penyertaan dalam UN Global Compact jelas menggariskan aspirasi kami untuk menyelaraskan aktiviti perniagaan dengan pertimbangan ekologi dan keadaan kerja yang adil.”

    UN Global Compact ialah seruan kepada syarikat untuk menyelaraskan operasi dan strategi mereka dengan 10 prinsip yang diterima secara universal dalam bidang hak asasi manusia, buruh, alam sekitar dan antirasuah, dan untuk mengambil tindakan bagi menyokong matlamat dan isu PBB yang terkandung dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).Dalam kenyataannya, Porsche menjelaskan bahawa mereka akan sentiasa melaporkan aktiviti mereka dalam bidang tersebut kepada UN Global Compact dan orang ramai.

    Dilancarkan pada tahun 2000, UN Global Compact ialah inisiatif kemampanan korporat terbesar di dunia, dengan lebih daripada 15,000 syarikat dan 3,000 penandatangan bukan perniagaan yang berpangkalan di lebih 160 negara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...