Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Indonesia gantung eksport minyak sawit

    JAKARTA, 28 APRIL – Indonesia mula mengenakan pengharaman menyeluruh ke atas eksport minyak kelapa sawit hari ini, ketika pengeluar komoditi terbesar dunia itu berdepan risiko mengalami pasaran minyak sayur global terjejas yang telah pun mencecah harga kemuncak.

    Negara kepulauan itu berdepan kekurangan minyak masak domestik serta harga meningkat, dengan pengguna di beberapa bandar perlu beratur selama beberapa jam di depan pusat pengagihan untuk membeli komoditi asas pada kadar subsidi.

    Pihak berkuasa di negara dengan populasi paling ramai di Asia Tenggara itu bimbang kekurangan dan kenaikan kos mungkin mencetuskan ketegangan sosial dan telah bertindak untuk menjamin bekalan produk itu, yang digunakan dalam pelbagai barangan seperti kosmetik dan mentega kacang.

    Dalam perubahan saat-saat terakhir semalam, mereka menjelaskan sekatan akan termasuk semua eksport minyak dan bukan hanya produk yang dikhaskan untuk minyak masak, seperti yang dikatakan sehari sebelumnya.

    “Semua produk, termasuk minyak kelapa sawit adalah termasuk dalam peraturan Kementerian Perdagangan dan akan dikuatkuasakan,” kata Menteri Penyelaras untuk Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto. Presiden Joko Widodo berkata membekalkan minyak masak kepada 270 juta penduduk negara telah menjadi ‘dasar utama negaranya.’

    “Sebagai pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia, adalah ironik kami berdepan kesukaran untuk mendapatkan minyak masak,” katanya.

    Indonesia menghasilkan kira-kira 60 peratus daripada minyak kelapa sawit dunia, dengan satu pertiga digunakan oleh pasaran domestik. India, China, Kesatuan Eropah dan Pakistan adalah antara pelanggan eksport utamanya.

    Kekurangan selama beberapa bulan telah diburukkan oleh peraturan lemah dan keberatan di kalangan pengeluar untuk menjual di dalam negara disebabkan harga antarabangsa yang tinggi yang telah menjadikan eksport lebih menguntungkan.

    Jakarta merancang meneruskan eksport apabila harga minyak masak dalam pasaran tempatan telah merosot kepada 14,000 rupiah seliter, setelah naik 70 peratus dalam beberapa minggu ini kepada 26,000 rupiah. – AFP

    Seorang pekerja menimbang biji kelapa sawit di Pekanbaru, wilayah Riau kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...