Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Indonesia mampu selesaikan isu negara anggota ASEAN

    KUALA LUMPUR, 22 OGOS – Indonesia mampu menyelesaikan isu dalaman dan global melibatkan negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dengan lebih baik dan cepat, khususnya di bawah kepengerusiannya untuk blok serantau 10 negara itu tahun depan.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini berikutan negara itu berpengaruh besar serta mempunyai kesalinghubungan kerjasama ekonomi yang baik dengan negara anggota ASEAN serta banyak negara luar lain.

    “Indonesia sebuah negara yang sangat berpengaruh dan dengan pakatan ekonomi sesama negara ASEAN yang berupaya menarik banyak pelaburan, Indonesia (turut) mampu menyelesaikan isu-isu dalaman lain yang berlaku.

    “Seperti isu Laut China Selatan, krisis politik di Myanmar dan etnik Rohignya, saya percaya Indonesia dapat selesaikan dengan baik serta cepat, dengan syarat mendapat sokongan daripada negara anggota ASEAN yang lain.

    “Saya juga yakin, bukan sahaja Malaysia, bahkan negara anggota ASEAN yang lain akan turut bekerjasama dengan Indonesia (yang berpengaruh besar) sebagai negara Pengerusi ASEAN nanti.”

    Ismail Sabri berkata demikian ketika satu sesi soal jawab bersama beberapa wakil media luar negara dan Bernama bersempena dengan genap satu tahun beliau menjawat jawatan perdana menteri, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...