Thursday, May 9, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus

    KUALA LUMPUR, 25 MAC – Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada Februari 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.1 berbanding 129.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan inflasi itu didorong oleh peningkatan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (2.7 peratus); rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.6 peratus) dan pengangkutan (1.2 peratus).

    “Bagaimanapun, antara kumpulan utama yang merekodkan peningkatan lebih perlahan iaitu restoran dan perkhidmatan penginapan (2.9 peratus), kesihatan (2.2 peratus), makanan dan minuman (1.9 peratus) dan pendidikan (1.5 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Uzir berkata kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatat peningkatan lebih rendah iaitu 1.9 peratus pada Februari 2024 (Januari 2024: 2.0 peratus).

    Katanya inflasi bulanan terus meningkat 0.5 peratus (Januari 2024: 0.2 peratus) dengan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain, masing-masing meningkat 1.3 peratus, 0.6 peratus dan 0.4 peratus. Inflasi teras meningkat pada kadar sama seperti Januari 2024 sebanyak 1.8 peratus berikutan peningkatan dalam kumpulan makanan dan minuman, restoran dan perkhidmatan penginapan yang masing-masing meningkat 3.1 peratus dan 2.9 peratus pada Februari. – Bernama

    Mohd Uzir semasa temu bual selepas membuat tinjauan orang ramai yang mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama di Pusat Transformasi Bandar Ampangan pada 25 Mac. Beliau berkata peningkatan inflasi Malaysia didorong oleh peningkatan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api, rekreasi, sukan dan kebudayaan, dan pengangkutan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...