Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Instagram uji alat AI, sahkan umur pengguna

    SAN FRANCISCO, 24 JUN – Platform perkongsian foto Instagram mengumumkan kelmarin bahawa ia telah mula mencuba alat yang bergantung pada kecerdasan buatan (AI) untuk mengesahkan umur pengguna di Amerika Syarikat.

    Penggubal undang-undang di seluruh dunia sebelum ini telah menuntut semua perkhidmatan media sosial, yang dimiliki oleh gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) Meta untuk melindungi golongan muda daripada kandungan dewasa dan pencerobohan peribadi mereka.

    Ia merupakan isu yang sukar diselesaikan menurut syarikat-syarikat teknologi, tetapi boleh ditangani dengan perubahan teknologi yang lebih luas seperti tarikh lahir yang dicatatkan pada telefon bimbit seseorang.

    Meta turut mengumumkan ujian alat pengesahan baharu untuk sesiapa sahaja yang cuba menukar umur mereka dari bawah 18 tahun kepada lebih 18 tahun di platform Instagram, termasuk merakam swafoto video atau meminta individu lain bagi mengesahkan umur mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...