Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Iran hasil permaidani kilim ‘terbesar di dunia’

    TEHRAN, 27 JUN – Iran mengumumkan hari ini para penenun di selatan wilayah Fars telah menghasilkan permaidani kilim terbesar di dunia, berukuran 105 meter persegi (lebih 1,100 kaki persegi).

    Kilim berukuran 7×15 meter itu hasil kerja tangan tujuh pakar penenun bersama tiga pembantu di bandar Qirokarzin, kata Mohammad-Jafar Ebrahimi, ketua warisan kebudayaan tempatan, dipetik sebagai berkata dalam televisyen kerajaan.

    Dia berkata ia telah ditempah oleh negeri Teluk kaya tenaga iaitu Qatar.

    Kilim, merupakan permaidani mendatar tidak disimpul biasanya ditenun menggunakan tangan oleh orang nomad di Turki, Caucasus, Iran, Afghanistan dan Turkemnistan, untuk digunakan dalam khemah.

    Menurut statistik yang disediakan oleh agensi berita kerajaan IRNA, pengeksportan permaidani terkenal Iran meningkat antara AS$400 juta dan AS$500 juta setahun. – AFP

    Wanita-wanita Iran ketika menenun kilim terbesar di dunia di Qirokarzin, wilayah selatan Fars pada 25 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...