Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Irving mohon maaf

    NEW YORK, 20 NOV – Bintang Brooklyn Nets, Kyrie Irving berkata dia mahu memohon maaf berhubung filem yang dikaitkan dengan idea anti-semitik, namun pemain pertahanan NBA itu sambil berkata, “Saya bukan anti-semitik.”

    Dalam satu temu bual eksklusif bersama SportsNet New York (SNY) kelmarin, Irving memberikan komen berkenaan satu catatan di laman sosial yang dikaitkan dengan sebuah filem yang diterbitkan pada tahun 2018.

    “Saya betul-betul mahu tumpukan kepada kemudaratan yang telah saya lakukan atau kesan yang saya berikan,” kata Irving kepada SNY.

    “Saya mahu memohon maaf atas segala tindakan yang saya lakukan sejak saya memuat naik catatan tersebut.

    Tindakannya semasa bercakap dengan wartawan pada awal bulan lalu telah mendorong the Nets untuk mengenakan sekurang-kurangnya lima penggantungan perlawanan ke atas Irving sehingga dia mengambil langkah untuk meminta maaf dan memperbaiki tindakannya.

    Syarikat gergasi baju sukan, Nike juga menggantung hubungannya dengan bintang NBA, dengan membatalkan perasmian kasut ‘Kyrie 8’ yang sepatutnya dikeluarkan pada bulan ini.

    Irving berkata dia berasa seperti tidak dihormati semasa ditanya sama ada dia sebenarnya seorang yang anti-semitik sekali gus memberikan respon bersifat defensif.

    “Saya tahu saya sepatutnya memberikan jawapan yang lebih baik.

    “Saya tidak berniat mahu menyakiti hati sesiapa. Saya sepatutnya menjawab soalan yang ditanya dan terus beredar.” – AFP

    Gambar fail yang diambil pada 1 November menunjukkan pemain Brooklyn Nets, Kyrie Irving, melihat perlawanan bola keranjang antara Nets dan Chicago Bulls di New York. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...