Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    ISB rai 92 pelajar Tahun 6

    Gambar serahan ISB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) telah meraikan seramai 92 orang pelajar Tahun 6 yang telah menamatkan pembelajaran pada majlis yang menandakan bermulanya peralihan pelajar ke pendidikan menengah yang berlangsung di teater sekolah berkenaan.

    Antara pelajar yang diraikan ialah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

    Menurut kenyataan ISB, pada majlis itu para pelajar, ibu bapa dan kakitangan berpeluang mengimbas kembali perjalanan setiap pelajar sepanjang persekolahan rendah, dan tidak sabar-sabar untuk memulakan bab seterusnya dalam pendidikan mereka.

    Ketua Sekolah Rendah ISB, Michael Everett dalam ucapannya menyatakan tahniah kepada para pelajar atas usaha keras mereka sepanjang pembelajaran di sekolah rendah, terutamanya pada masa mencabar ini.

    “Kohort ini telah membuat kami bangga, dengan menunjukkan semangat yang tidak berputus asa serta pencapaian yang luar biasa. Kami sentiasa memastikan setiap pelajar mempunyai asas yang kukuh dalam pembelajaran dan kelas Tahun 6 2022 kini sudah bersedia untuk menghadapi peringkat pembelajaran seterusnya,” ujarnya.

    Seterusnya, majlis menyaksikan setiap pelajar Tahun 6 menerima sijil yang menandakan berakhirnya perjalanan pendidikan mereka di sekolah rendah ISB.

    Selain itu, video yang memaparkan pesanan daripada setiap pelajar juga disiarkan, di mana mereka mengongsikan saat-saat manis mereka di ISB.

    Majlis juga diserikan dengan persembahan daripada semua pelajar Tahun 6.

    YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah bersama rakan-rakan yang diraikan setelah menamatkan pembelajaran Tahun 6.
    Salah seorang pelajar yang menerima sijil pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...