Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Israel beli tiga kapal selam dari Jerman

    BAITULMAQDIS, 20 JAN – Israel mengumumkan hari ini satu perjanjian bersama Jerman untuk membangun dan membeli tiga kapal selam dari syarikat gergasi industri Jerman, Thyssenkrupp berjumlah AS$3.4 bilion (tiga bilion euro).

    “Kapal selam baharu itu akan meningkatkan keupayaan tentera laut Israel dan akan menyumbang kepada keunggulan sekuriti Israel di rantau itu,” kata Menteri Pertahanan, Benny Gantz dalam satu kenyataan.

    Menurut penganalisis, rundingan antara Israel dan Jerman berhubung perjanjian itu telah ditangguhkan dan dirumitkan dengan masalah rasuah melibatkan pembelian terdahulu kapal selam Jerman.

    Perjanjian baharu itu termasuk pembelian tiga kapal selam ‘Dakar’ yang pertama akan dihantar kepada tentera Israel dalam tempoh sembilan tahun. Ia juga termasuk penghasilan simulator latihan di Israel dan bekalan alat ganti.

    Perjanjian itu ditandatangani hari ini ‘pada hujung proses rundingan dan perancangan beberapa tahun’, menurut kementerian. – AFP

    Sebuah kapal selam meronda di Laut Mediterranean pada 1 September 2021. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...