Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    Pemenang kempen JUMM dirai

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Para pemenang pusingan akhir kempen JUMM anjuran Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan kerjasama Kumpulan Milimewah telah diraikan pada majlis yang berlangsung di Pusat Membeli-belah Mid Valley hari ini.

    Hadiah pertama dimenangi Dayang Masnah binti Haji Omar yang membawa pulang TV Pintar Sony 4K 75 inci bernilai $3,600, manakala hadiah kedua berupa Komputer Riba Razer Gaming 15 inci bernilai $3,000 telah dimenangi oleh Awang Mohammad Nurshah Rezat bin Abdullah dan pemenang ketiga Awang Muhammad Zakir bin Husain telah membawa pulang iPhone 12 Pro Max.

    Selain itu, 40 pemenang turut memenangi baucar membeli-belah $500 dalam promosi Kad Privilege BIBD yang bermula dari 15 Mac hingga 15 September lalu.

    Hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada acara yang diadakan di Pusat Membeli-Belah Mid Valley ialah Ketua Strategi Pedagang, Kumpulan Perbankan Runcit BIBD, Andy Yong Chee Chau.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai kanan dan kakitangan BIBD serta pengarah dan pengurusan kanan Kumpulan JUMM.

    Andy Yong bergambar ramai bersama pemenang kempen JUMM pada majlis yang berlangsung di Pusat Membeli-belah Mid Valley kelmarin.

    Promosi tersebut dibuka kepada semua pemegang kad kredit dan debit BIBD baharu dan sedia ada untuk semua pembelian runcit yang dibuat di cawangan-cawangan yang mengambil bahagian di bawah Kumpulan JUMM iaitu Jaya Hypermart, Utama Grandstore, Milimewah Department Store dan M-Porium Jaya Department Store.

    Di bawah kempen itu, pembelian di kedai-kedai tersebut memberikan pelanggan peluang untuk memenangi hadiah utama dan sagu hati apabila mereka membuat pembelian dengan kad Mastercard BIBD mereka.

    Promosi itu diadakan bukan sahaja untuk memberi ganjaran kepada pelanggan BIBD atas sokongan dan kesetiaan mereka tetapi juga untuk memberi mereka peluang bagi mendapatkan semula ganjaran atas perbelanjaan mereka.

    BIBD mempunyai pelbagai jenis kad yang datang bersama promosi dan insentif hebat untuk setiap transaksi, selain mendapat ganjaran Hadiah Points untuk setiap leretan (swipe).

    Untuk pengurusan hutang kad kredit yang lebih baik, pemegang kad BIBD mempunyai pilihan bagi menjelaskan sepenuhnya penggunaan kad mereka setiap bulan dengan menyediakan arahan tetap dan mengelak daripada dikenakan sebarang caj dan masih memperoleh Hadiah Points BIBD yang lebih tinggi.

    Hadiah Points BIBD boleh ditukar dengan mudah kepada pulangan tunai, atau boleh digunakan untuk membuat pembelian dalam talian, kredit tambah nilai dan membayar bil melalui BIBD NEXGEN Wallet.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...