Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    ‘Jadilah pemimpin pengakap berdisiplin’

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 11 NOV – Persatuan Pengakap Daerah Tutong (PPDT) telah mengadakan Majlis Anugerah Lencana Keahlian Biro Pengakap Sedunia bagi Pemimpin-pemimpin Pengakap dan Ahli-ahli Pengakap Dewasa PPDT yang berlangsung di Pusat Belia, Jabatan Belia dan Sukan, Tutong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu khas pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Pengakap Daerah PPDT, Haji Mohd Sufian bin Haji Abdul Karim; Guru Besar Sekolah Chung Hwa Kiudang, Loo Shee Yun, selaku Pengerusi Pasukan 2031; dan Ketua Cawangan, Jabatan Belia dan Sukan, Tutong, Awang Kamil bin Lamat.

    Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah PPDT pada majlis tersebut antara lain mengongsikan seramai 16 ahli pengakap akan menerima Lencana Keahlian Biro Pengakap Sedunia yang terdiri daripada empat Pemimpin Sekolah Chung Hwa Kiudang 2031, lima Pemimpin Sekolah Chung Hwa Tutong 2030, seorang dari Pasukan Pengakap Terbuka Pekan Tutong 2001 dan enam ahli Pengakap Dewasa PPDT.

    “Saya mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan berharap bukan setakat ini sahaja awda berpengakap, biarlah ianya berterusan menjadi ahli pengakap bertauladan yang benar-benar memberi sumbangan kepada generasi muda melalui satu sistem nilai yang berasaskan kepada undang-undang pengakap Negara Brunei Darussalam dan dijadikan sebagai contoh kepada masyarakat sekeliling yang mana seorang pengakap boleh berdikari sebagai individu yang terlatih dan dapat memainkan peranan yang berguna kepada generasi muda akan datang.

    “Untuk peringatan kepada semua ahli pengakap dan saya sendiri, kita jangan lupa akan undang-undang pengakap, seorang yang boleh dipercayai, taat, peramah dan bertimbang rasa, bersaudara kepada semua pengakap, berani menghadapi segala kesulitan, menggunakan masanya dengan baik dan berhati-hati tentang hak milik serta harta benda, menghormati dirinya dan orang lain.

    “Jadilah pemimpin pengakap yang berdisiplin tinggi dan sebagai contoh kepada semua ahli pengakap sama ada dalam negara mahu pun luar negara,” jelas beliau lagi.

    Majlis berkenaan diteruskan dengan acara Persetiaan – Aku Janji serta penyampaian
    lencana dan skaf yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah PPDT dan Pengerusi Pasukan Pengakap 2031.

    Haji Mohd Sufian dan ahli-ahli PPDT bergambar ramai semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...