Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Jangan guna produk ini

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Orang ramai diseru untuk tidak menggunakan satu produk kesihatan yang didapati dicemari dengan bahan terlarang atau racun berjadual yang tersenarai dalam Akta Racun, hasil daripada ujian makmal yang dijalankan oleh Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Makmal Saintifik, Kementerian Kesihatan.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa produk berkenaan adalah Margaritae Cough Capsules yang didapati dicemari dengan
    chlorpheniramine.

    Bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

    Chlorpheniramine digunakan untuk melegakan gejala-gejala alahan yang mempunyai beberapa kesan sampingan termasuk merasa mengantuk, pening, kelemahan otot, tekanan darah menurun, kabur penglihatan, mulut kering, kemurungan, denyutan jantung tidak menentu, meningkat selera makan dan berat badan.

    Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan bagi penjualan produk-produk berkenaan.

    Margaritae Cough Capsules yang didapati dicemari dengan chlorpheniramine.

    Berikutan dapatan itu, produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

    Orang ramai yang telah membeli atau mengambil produk berkenaan dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta-merta. Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.

    Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama daripada orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Komplians dan Pelesenan jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

    Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Komplians dan Pelesenan melalui talian telefon, 2393301 sambungan 208, menghantar e-mel kepada pharmacy.enforcement@moh.gov.bn, berjumpa terus pegawai komplians dan pelesenan di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kampung Madaras, Mukim Gadong A atau menghubungi Talian Darussalam 123.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...