Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Jangkitan COVID kembali di Kemboja, dengan 10 kes baharu

    PHNOM PENH, 29 JUN – Kemboja telah mengesahkan 10 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam selepas 52 hari sifar kes, kementerian kesihatan berkata dalam satu kenyataan pada Rabu.

    Lapan didapati dalam komuniti dan dua dikesan pada pengembara dari luar negara, menurut kementerian itu.

    Negara itu setakat ini telah merekodkan sejumlah 136,272 kes COVID-19 dengan 133,206 pulih dan 3,056 kematian, tambah kementerian itu.

    Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen telah menyeru rakyat untuk mematuhi dengan ketat langkah-langkah kesihatan dan mendapatkan vaksin COVID-19 atau suntikan penggalak apabila giliran mereka tiba.

    “Jika langkah-langkah teliti tidak diambil, negara kita akan berkemungkinan kembali kepada situasi yang sangat buruk,” katanya dalam satu mesej audio khas yang dikeluarkan malam Selasa. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...