Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    JDT mampu jadi pemangkin bola sepak M’sia – Hamidin

    KUALA LUMPUR, 1 MEI – Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah sebagai kelab pertama Malaysia mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL), mampu menjadi pemangkin kepada moral pemain negara untuk mencatat kejayaan lebih tinggi di peringkat antarabangsa.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kejayaan itu yang meletakkan JDT setanding dengan kelab-kelab terbaik dari benua ini, juga diharap menjadi contoh terbaik kepada arena bolasepak negara.

    “Terbukti dengan kerja keras serta perancangan yang baik seperti diusahakan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semuanya membuahkan hasil yang amat membanggakan.

    “Kejayaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap permainan, kualiti dan mutu bola sepak negara seiring untuk bersaing dengan kelab daripada kuasa besar bolasepak Asia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Skuad Harimau Selatan mengesahkan slot ke pusingan kalah mati ACL selaku juara Kumpulan I dengan 13 mata, selepas menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor semalam.

    Hamidin berkata kejayaan itu juga mampu menaikkan lagi semangat pemain JDT untuk melakar kejayaan pada pusingan seterusnya.

    “Sememangnya ia kemenangan penuh dramatik tetapi cukup bergaya, membuktikan pemain-pemain cukup berdaya saing,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...