Wednesday, May 8, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Jerman: Putin takkan menang

    KYIV, UKRAINE, 26 MEI – Canselor Jerman, Olaf Scholz berikrar hari ini yang Vladimir Putin tidak akan menang perang Ukraine sekalipun menetapkan syarat perdamaian, ketika tentera Rusia membuat percubaan baharu untuk menawan bandar utama di timur.

    Para pegawai Ukraine berkata pasukan Rusia cuba untuk menyerang hab industri Severodonetsk dan kawasan berdekatan Lysychansk, tumpuan utama serangan baharu Moscow di rantau Donbas.

    Presiden Ukraine, Volodymyr Zelen-sky menggesa Barat untuk menawarkan bantuan ‘tanpa had’, terutamanya senjata berat bagi tenteranya dan mengecam satu cadangan rundingan damai yang mungkin membabitkan konsesi wilayah.

    Penjana Eropah, Jerman telah berdepan kritikan Ukraine kerana tidak sepenuh hati untuk membantu, namun Scholz menekankan ‘keazaman dan kekuatan’ Berlin dan sekutu-sekutu Barat.

    “Matlamat kita sangat jelas – Putin tidak akan menang perang ini. Dan saya yakin dia tidak akan memenanginya,” kata canselor Jerman memberitahu Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Davos.

    Putin ‘sudah gagal dalam semua tujuan strateginya’ dan rancangan Rusia untuk menawan seluruh Ukraine ‘adalah sangat jauh hari ini berbanding pada awalnya’ daripada serangannya pada 24 Februari.

    “Cuma untuk menjelaskannya kepada Putin bahawa tidak akan ada kepastian perdamaian. Ukraine tidak akan menerimanya dan begitu juga kami,” kata Scholz.

    Pertempuran ganas kini berpusat di Severodonetsk, ketika pasukan Ukraine cuba untuk menghentikan tentera Rusia daripada mengepung bandar itu dan memintas jalan masuk. – AFP

    Olaf Scholz (kanan) bersama Pengasas dan Pengerusi Eksekutif WEF, Klaus Schwab di Davos pada 26 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...