Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ji Eun-Hee rangkul mahkota LPGA

    LOS ANGELES, 31 MEI – Pemain Korea Selatan, Ji Eun-hee memenangi kejohanan Match-Play LPGA pada Ahad lalu, menewaskan Ayaka Furue 3 dan 2 dari Jepun dalam perlawanan kejohanan di Shadow Creek di Las Vegas.

    Pada usia 36 tahun, Ji menjadi pemenang tertua Korea Selatan bagi gelaran LPGA, meraih kemenangan jelajah pertamanya sejak Kejohanan Juara 2019.

    Ji mengatakan kemenangan tersebut adalah yang paling sukar dalam kariernya.

    Ji, yang menduduki tempat ke-83, meraih kejayaan keenam kariernya dalam LPGA dan turut mengambil tempat dalam Terbuka Wanita AS minggu ini. Satu-satunya gelaran utama yang diraih Ji adalah pada Terbuka Wanita AS 2009.

    Manakala itu, pemain nombor 27 dunia, Furue adalah pemenang tujuh kali dalam Jelajah Jepun LPGA yang mendapat laluan ke gelanggang LPGA AS untuk 2022 di peringkat kelayakan sekolahnya.

    Reaksi Ji Eun-hee dari Korea Selatan bergambar bersama trofi juara semasa pertandingan perlawanan LPGA Ahad lalu. – AFP

    Pada aksi perlawanan akhir, selepas membuat bogey pada dua par 5 pertama dan ketinggalan satu lubang di belakang, Ji melakukan birdie par-3 kelapan untuk mengikat kedudukan. Dia kemudiannya melepasi jarak 92 ela untuk membenam eagle pada par-5 kesembilan dan memenangi par-4 ke-10 dengan par untuk mendahului 2-up.

    Manakala itu, Furue memperoleh par-4 ke-11 dengan birdie tunggalnya dalam perlawanan itu, dan Ji membalas dengan kemenangan par pada par-4 ke-12. Mereka membahagikan tiga lubang seterusnya dan Ji mengakhirinya dengan kemenangan par pada par-5 ke-16 dengan melakukan 10-footer sebelum percubaan par dari Furue terlepas.

    Ji mempunyai rancangan mudah untuk Terbuka Wanita AS minggu ini.

    “Sampai sahaja di sana, saya akan berehat dan melihat gelanggang perlawanan dan kemudian lakukan perkara yang sama seperti minggu ini,” kata Ji. – AFP/AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...