Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    JIS rai tiga pelajar cemerlang

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) berjaya mendapat tempat keenam setelah menewaskan 50 buah sekolah antarabangsa terkemuka dari Eropah, Afrika, Asia, China dan Amerika Selatan dalam Pertandingan International Programming yang berlangsung selama dua minggu baru-baru ini.

    Menurut JIS, Ahmad Jamsari memenangi tempat pertama setelah berjaya menyelesaikan 10 cabaran dalam masa 5 jam, 22 minit dan 49 saat. Manakala itu, dua orang lagi pelajar JIS iaitu Yahya Husain Ul Hasan telah mendapat tempat ketiga dan Nischal Gurun di tempat ke-22.

    Sehubungan itu, majlis penyampaian sijil kepada tiga pelajar cemerlang berkenaan telah diadakan di JIS, hari ini, dan disempurnakan oleh Pengetua JIS, Nicholas Sheehan dan Ketua Pengkomputeran, David Hicks.

    Nicholas Sheehan dipetik berkata, “Bagi dua pelajar JIS berada di tempat pertama, ketiga dan tiga pelajar berada dalam kedudukan 25 terbaik adalah persaingan global yang benar-benar luar biasa dan mereka telah membuktikan kemahiran mereka”.

    Pertandingan berkenaan memberi peluang kepada para peserta untuk mempamerkan pengetahuan dan pemahaman mereka dalam reka bentuk algoritma, struktur data dan pemikiran pengiraan, cabaran-cabaran termasuk penggunaan tatasusunan 2D, rekursi, senarai terpaut, susunan, aturan dan Binary Trees.

    Nicholas Sheehan dan David Hicks bergambar bersama pelajar cemerlang dalam Pertandingan International Programming yang berlangsung baru-baru ini. – Gambar serahan JIS

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...