Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Johnson berdepan krisis, 4 pembantu letak jawatan

    LONDON, 4 FEB – Empat pembantu kanan Boris Johnson meletak jawatan ketika Perdana Menteri Britain itu bergegas memulihkan pentadbirannya yang menghadapi beberapa skandal yang bakal menjejaskan kedudukannya.

    Johnson berdepan krisis yang semakin tenat disebabkan kemarahan orang ramai terhadap penganjuran parti di pejabat dan kediamannya di Downing Street, ketika perintah berkurung COVID-19.

    Penggubal undang-undang yang marah termasuk dalam kalangan Parti Konservatif sendiri, dengan sebahagian sudah menuntut peletakan jawatannya selain rombakan operasi Downing Street sekiranya Johnson mahu kekal berkuasa.

    Semalam, tiga pembantu utamanya, Ketua kakitangan, Dan Rosenfield; Ketua Setiausaha Sulit, Martin Reynolds dan Pengarah Komunikasi, Jack Doyle meletak jawatan.

    Sekutu lama dan penasihat dasar utama Munira Mirza meletak jawatan secara tiba-tiba hari ini, memberikan tamparan hebat kepada pemimpin yang dibelenggu masalah itu.

    Beberapa ahli Parlimen Konservatif menyelar tindakan itu dan menganggapnya sebagai permulaan kejatuhan pentadbiran Johnson. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Boris Johnson (kanan) meninggalkan 10 Downing Street di London bersama Munira Mirza (kiri) untuk menghadiri mesyuarat kabinet mingguan di Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan berdekatan. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...